negeriads.com

Friday, April 17, 2009

1. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi tidak mengalirkan air mata, itu bermakna
dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Apabila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk
menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar untuk mencari benda yang dibenci tentang orang yang paling dia sayang. Lantaran itu, ramai
wanita yang patah hati apabila hubungan cinta putus di tengah jalan.

4. Sekiranya wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu sentiasa di dalam fikirannya walaupun dia sedang
keluar dengan lelaki lain.

5. Tatkala lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat dan
sering kali dia cuba lari dari bertatapan mata denganmu.

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu pula tidak tahu bagaimana mahu menerima pujian itu.

7. Jka kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan
berkasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu kerana bila dia sudah
membuat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri daripada kamu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk
seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara mudah mereka
meluahkan rasa hati mereka.

10. Jangan sesekali memberitahu perempuan yang mereka langsung tidak berguna. Sesiapa pun akan terasa jika
itu keluar dari mulut kamu, terutamanya orang yang mereka sayang.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. Ada kalanya wanita mahu bersama kamu dalam ruang
santai dan penuh senda gurauan.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubungi
melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi selepas ganggang
diletakkan, dia akan menjerit kesukakaan dan tidak sampai sepuluh minit semua rakan-rakannya akan tahu
berita tersebut. Perempuan suka jual mahal!

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi janganlah senyum sebarangan. Biasalah
perempuan adakalanya cepat perasan dan hatinya cepat terbuai.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan sebuah persahabatan. Kemudian biarkan dia
mengenali kamu dengan lebih mendalam.jangan gelojoh kerana wanita tidak suka lelaki gelojoh.

15. Jika seorang wanita memberi seribu alasan setiap kali kamu mengajaknya keluar, tinggalkan dia kerana dia
memang tidak berminat dengan kamu.